Tuesday, October 30, 2012

MTIB : Akta 686 dan Potensi harga gaharu untuk 5 tahun lagi


1. Apakah peraturan-peraturan  atau akta yang perlu saya patuhi daripada mula menanam sehingga memasarkan hasil? Adakah sebelum menanam saya perlu daftar dgn MTIB? Adakah saya perlukan lesen kalau saya menjual secara domestik? Dimanakah boleh saya dapatkan bahan bacaan tersebut?
JAWAPAN : Peraturan yang digunapakai bagi penanaman Karas ini adalah berdasarkan Akta 686 yang telah diwartakan pada Jun 2010. Sehubungan dengan itu, jika pihak tuan ingin menanam pokok Karas, tuan tidak perlu berdaftar untuk menanam. Walaubagaimanapun, selepas 6 bulan menanam pokok Karas, tuan perlu berdaftar dengan MTIB sebagai penanam Karas dan mendaftarkan Ladang tersebut seperti yang digariskan oleh Akta 686 tersebut. Tuan hanya perlu mengisi borang pendaftaran (boleh didapati di Laman web MTIB) dan majukan bersama salinan geran, salinan i,c dan salinan Sijil Penubuhan Syarikat (jika berdaftar di bawah nama syarikat)

2. Adakah pihak MTIB atau kerajaan mengeluarkan Grant atau pinjaman kepada penanam gaharu sebagai cara membantu memudahkan pengembangan perusahaan ini? Jika ada mohon dinyatakan.
JAWAPAN : Buat masa ini, tiada grant atau pinjaman yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Pihak MTIB sentiasa berusaha bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi perladangan Karas di masa hadapan.


3.Bolehkah tuan berkongsi maklumat, apakah potensi gaharu utk 5 tahun akan datang? Adakah akan stabil atau mengalami susut nilai?... Di manakah jika saya ingin mendapatkan maklumat statistik import export gaharu ini sebagai rujukan saya?
JAWAPAN : Potensi gaharu di masa hadapan adalah baik. Jika melihatkan prestasi harga dan pasaran gaharu 5 tahun kebelakangan ini, menunjukkan pola kenaikan harga dan agak stabil Walaubagaimanapun, perhatian perlu diberi jika satu masa nanti, harga gaharu berkemungkinan turun disebabkan hasil ladang telah mula dipasarkan. Dianggarkan penurunan harga adalah sekitar 10-20% daripada harga sekarang dan ia adalah nilai kontigensi yang diwujudkan bagi memastikan kestabilan harga di masa akan datang. Maklumat berkaitan statistik pengeksportan gaharu untuk tempoh 5 tahun terbelakang boleh didapati di laman web MTIB.

Mohd Zamakhsyary Mustapa
Pegawai Ehwal Ekonomi
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Tingkat 9, Menara PGRM 2, Jalan Pudu Ulu, 50728
KUALA LUMPUR
03-9282 2235 samb... 1397


No comments:

Post a Comment