Monday, December 31, 2012

Squad Gaharu Wak Jai Meru merancang penanaman di Bukit Relau, Sungai Bakap, Kedah

Squad Gaharu Wak Jai Meru sedang meneliti site potensi tanaman baru di Bukir Relau, Sg Bakap Kedah.

Potensi tanaman yang meliputi dua lokasi iaitu satu di integrasi dengan Kebun Getah dan satu lagi Integrasi tanaman di Dusun Durian. Keseluruhan anggaran tanaman gaharu adalah berjumlah 4,000 pokok.

Fasa satu tanaman akan bermula pada Februari 2013 dan dijangka dibuat secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan berikutnya. Jarak tanaman yang akan dilaksanakan adalah antara 4-5 kaki setiap pokok.

Pekej perkhidmatan Squad Gaharu Wak Jai yang akan ditawarkana adalah:
1. Membekal benih gaharu setinggi 4.5 - 5 kaki
2. Menyediakan perkhidmatan tanaman pokok
3. Menyediakan baja permulaan
4. Menyediakan jaminan pokok yang ditanam dalam tem;oh 30 hari.
5. Memberi khidmat nasihat penjagaan sehingga 3 tahun tempoh penanaman

Hasil gaharu selepas 6-7 tahun ditanam setelah melalui proses inakulasi pada tahun ke 3. Kalau dlam tempoh tersebut ada berlaku banjir dan pokok berendam seminggu ia boleh mematikan pokok.Kalau nak paling selamat adalah kawasan ynag tak pernah banjir lebih 7 hari

Hubungi : ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail
No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 012-3542554 (Wak Soif)

Tuesday, November 13, 2012

Aroma Terapi Gaharu Kurangkan Tekanan (Stress)


Aroma Terapi Gaharu Kurangkan Tekanan (Stress).  Bahagian gaharu dikatakan mengandungi agarafuranoid dan ses kuiterpenoid jenis eudesman, eremofilan, valenkan dan vetispiran. Asap gaharu (dibakar) juga mengandugi kumpulan kimia yang sama.

Asap wangi daripada kayu gaharu yang telah dibakar dikatakan boleh dihidu untuk tujuan merawat kanser terutamanya kanser kelenjar tiroid, mengeluarkan angin dalam perut dan usus, melegakan asma, cirit, sakit perut dan juga sebagai afrodisiak.

Hasil pembakaran serbuk resin/teras gaharu yang bersifat aromaterapi, memberi ketenangan minda, dan menyerlahkan ketrampilan diri si pemakai, tahan lebih lama dan baik utk menghilangkn stress.

Serbuk teras dibakar menggunakan Dapur Aromaterapi Gaharu yang boleh diperolehi di pasaran atau import daripada Cina. Harga seunit Dapur Aromaterapi Gaharu adalah RM500.00 seunit. Starter kid terdiri daripada Dapur + Kawalan Suhu + 3 pin electrical plug.

Hubungi : ppmshah(@)gmail.com atau
 saifuddin.mn(@)gmail

No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau
012-3542554 (Wak Soif)

Dapur pemanas (heater)  serbuk teras gaharu  untuk Aroma Terapi

Dapur dilengkapkan dengan heater (kawalan suhu) yang disambung terus ke Dapur Pemanas

Alat Pemanas  Aroma Terapi Gaharu dipanaskan menggunakan bekalan elektrik

Serbuk teras yang dihancurkan daripada papan teras gaharu yang sedia untk dibakar.

Papan teras gaharu yang perlu dihancurkan kepada bentuk serbuk teras

Tuesday, October 30, 2012

MTIB : Akta 686 dan Potensi harga gaharu untuk 5 tahun lagi


1. Apakah peraturan-peraturan  atau akta yang perlu saya patuhi daripada mula menanam sehingga memasarkan hasil? Adakah sebelum menanam saya perlu daftar dgn MTIB? Adakah saya perlukan lesen kalau saya menjual secara domestik? Dimanakah boleh saya dapatkan bahan bacaan tersebut?
JAWAPAN : Peraturan yang digunapakai bagi penanaman Karas ini adalah berdasarkan Akta 686 yang telah diwartakan pada Jun 2010. Sehubungan dengan itu, jika pihak tuan ingin menanam pokok Karas, tuan tidak perlu berdaftar untuk menanam. Walaubagaimanapun, selepas 6 bulan menanam pokok Karas, tuan perlu berdaftar dengan MTIB sebagai penanam Karas dan mendaftarkan Ladang tersebut seperti yang digariskan oleh Akta 686 tersebut. Tuan hanya perlu mengisi borang pendaftaran (boleh didapati di Laman web MTIB) dan majukan bersama salinan geran, salinan i,c dan salinan Sijil Penubuhan Syarikat (jika berdaftar di bawah nama syarikat)

2. Adakah pihak MTIB atau kerajaan mengeluarkan Grant atau pinjaman kepada penanam gaharu sebagai cara membantu memudahkan pengembangan perusahaan ini? Jika ada mohon dinyatakan.
JAWAPAN : Buat masa ini, tiada grant atau pinjaman yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Pihak MTIB sentiasa berusaha bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi perladangan Karas di masa hadapan.


3.Bolehkah tuan berkongsi maklumat, apakah potensi gaharu utk 5 tahun akan datang? Adakah akan stabil atau mengalami susut nilai?... Di manakah jika saya ingin mendapatkan maklumat statistik import export gaharu ini sebagai rujukan saya?
JAWAPAN : Potensi gaharu di masa hadapan adalah baik. Jika melihatkan prestasi harga dan pasaran gaharu 5 tahun kebelakangan ini, menunjukkan pola kenaikan harga dan agak stabil Walaubagaimanapun, perhatian perlu diberi jika satu masa nanti, harga gaharu berkemungkinan turun disebabkan hasil ladang telah mula dipasarkan. Dianggarkan penurunan harga adalah sekitar 10-20% daripada harga sekarang dan ia adalah nilai kontigensi yang diwujudkan bagi memastikan kestabilan harga di masa akan datang. Maklumat berkaitan statistik pengeksportan gaharu untuk tempoh 5 tahun terbelakang boleh didapati di laman web MTIB.

Mohd Zamakhsyary Mustapa
Pegawai Ehwal Ekonomi
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Tingkat 9, Menara PGRM 2, Jalan Pudu Ulu, 50728
KUALA LUMPUR
03-9282 2235 samb... 1397


Friday, October 19, 2012

Harga Sawit Jatuh, Pilihanraya Sudah Hampir


Harga tandan buah sawit jatuh menjunam diperingkat lebih rendah sebelum ini. Hari ini harga kelapa sawit semasa jatuh pada harga RM350 se-tan (1,000kg) berbanding dua bulan lepas yang mencecah RM600 se-tan. Apa sudah jadi?

Perkara ini diluahkan sendiri oleh pekebun-pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang terkesan dengan penurunan harga buah sawit secara drastik. Akibatnya ramailah pekebun terpaksa menanggung perit jerih mengait buah sawit yang telah masak untuk dijual walaupun harga tidak setimpal dengan kepayahan mereka.

Untuk makluman mereka ini bukanlah peneroka Felda yang dibantu oleh kerajaan setiap bulan tapi pekebun kecil yang luas tanah hanya beberapa ekar sahaja. Kerajaan harus membantu menstabilkan semula harga buat sawit ini untuk keselesaan penduduk kampung.

Turunnya harga buah tersebut tambahnya lagi, tidak disertai dengan turunnya harga pupuk. Sedangkan harga pupuk terus mengalami kenaikan. 

Jangan double standard dan membezakan antara mereka dengan peneroka Felda kerana mereka juga rakyat Malaysia yang mencari rezeki dengan menjual hasil komoditi utama negara. Samada kilang minyak sawit sudah jammed atau orang tengah yang kebanyakannya berbangsa asing ingin mengenakan Melayu atas usaha kerajaan membantu Felda, 

Tuesday, October 16, 2012

Thumbs-up to Gaharu (Agarwood) tea from China importer



Tawau: Gaharu tea grown in the district, particularly those in Balung Eco-Resort, has received the thumbs-up from a China importer because it is grown organically and free of chemicals.
China they need at least 10,000 packets to meet the daily local market demand.
Shanghai Lenian E-Commerce Co. Ltd General Manager, Jiao Chang Qi, who has been importing the material from Balung Eco-Resort for its health products since November last year acknowledged the high quality of the agarwood tea leaves here.
He said this while leading 18 distributors of his company's products to visit Balung Eco-Resort, Teck Guan Cocoa Plantation and Pulau Bum-Bum, Semporna.
The visit was to see for themselves the products and high quality crops here.
"We want to open up a networking opportunity and bilateral trade relationship between China and Malaysia, especially in supplying herbs for health products in China," he said.
Meanwhile, Shanghai Balung Food Marketing Co Ltd Chief Executive Officer, Anna Gong, said Shanghai Lenian was also importing Java tea planted in the Balung Eco-Resort that belongs to former Chief Minister Tan Sri Harris Salleh.
She said the demand for Balung Java tea in China was high and recently supply was insufficient to meet the demand for 65,000 boxes of the product ~ 25 Sept 2012, Daily Express, Sabah

Sunday, October 14, 2012

Gaharu WakJai Agro Lab di Meru, Klang.


Tarikh : 14 Oktober 2012
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Meru Klang
Keluasan : 2 Ekar
Bilangan pokok pelbagai saiz : 2500 pokok

Susunan Agro Lab :
1. Pusat Kurantin benih
2. Tapak persiapan Inakulasi
3. Pelbagai peringkat usia pokok
4. Pengasingan dan pengikisan teras
5. Integrasi  pisang dan gaharu.
6.  Pusat adunan Baja Bikasi EM


Kebanyakan pokok di Agro Lab ini berumur antara 1-2 tahun. Kebanyakkannya telah dibuat inakulasi



Pokok 1 tahun telah menjalani inakulasi vaksin RM3

Pokok ini telah menjalani inakulasi 4 bulan yang lalu. Berumur 1 tahun lebih


Gaharu juga boleh dibentuk untuk dekorasi bonsai. 

Dekorasi gaharu punya potensi setelah dituai nanti . Seni bersama teras gaharu


Baja organi bokashi EM. setiap satu 25kg



Kayu gaharu untuk  minyak


Pokok yang telah dipalam dan diinakolasi


Wak Soif sedang berbincang potensi pasaran benih untuk integrasi sawit dan gaharu


Walau telh divaksin, penggunaan baja organik perlu diteruskan

Benih Sub-Integra 4-5 kaki baru sampai daripada Thailand 


Benih Gaharu  sub-integra 2.5-3.5 kaki



 

Pokok yang tumbang perlu ditongkat secara beransur-ansur 


Dekorasi gaharu bernilai tidak kurang drp RM100,000. Ia dibentuk drp salah satu pokok yang telah dituai 




Teras yang terebntuk diteng-tengah (kawasan hitam) setelah 4 bulan menjalani inakulasi

Wednesday, October 10, 2012

Khidmat Nasihat Integrasi Kelapa Sawit dan Gaharu


Penanaman pokok gaharu amat sesuai sebagai tanaman integrasi bersama dengan pokok buah-buahan, kelapa sawit dan getah. Apa yang perlu di awasi ialah dalam proses pembesaran pendedahan kepada cahaya semakin besar semakin perlu terdedah supaya jangan terlindung atau tertutup

Kaedah tanaman Selingan Pokok Gaharu  juga boleh ditanam di bawah pokok-pokok yang lain seperti di ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang Kopi, ladang Acacia secara tanaman berselang.

Grup Gaharu WakJai menyediakan perkhidmatan rundingan tanaman integrasi gaharu dengan  kebun sawit. Grup ini juga akan membuat survey untuk menentukan berapa bilangan pokok yang sesuai ditanam di kebun sawit tuan-tuan/puan-puan. Grup Gaharu WakJai akan membuat follow up hasil tanaman bagi mempastikan proses anak benih berjaya hidup sempurna.

Grup Gaharu WakJai akan memberi khidmat nasihat keadaan kebun kelapa sawit yang macam mana sesuai untuk mula ditanam gaharu. Kami juga akan memberi tunjuk ajar cara-cara menanam, cara penjagaan gaharu sehingga umur 3 tahun. Pada kebiasaannya satu ekar kelapa sawit boleh memuatkan 300-400 ekar pokok, walaubagaimanapun ini semua boleh dilakukan setelah melihat tapak.

Khidmat nasihat percuma,  kaedah penjagaan dan kaedah inoculasi kepada peserta-peserta yang membeli benih atau yang memberi vaksin inoculasi daripada Grup Gaharu WakJai.

Hubungi : ppmshah(@)gmail.com atau 

saifuddin.mn(@)gmail

No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 


012-3542554 (Wak Soif)




Tuesday, October 9, 2012

Kepakaran Inokulan (inoculation) WakJai


Inoculation adalah satu proses yang melibatkan kerja terancang menebuk lubang pada batang pokok gaharu.

Penebukan lubang perlu dijalankan dengan teliti dengan mengambil kira diameter pokok yang akan di inokulasi. Kemudian mikroorganisma yang akan menyakitkan pokok gaharu akan di masukkan ke dalam tebukan tadi. Pokok akan mengalami serangan dari mikroorganisma dan perlu mempertahankan diri.

Tanpa organ seperti haiwan, pokok mempertahankan dirinya dengan mengeluarkan resin sebagai sistem mempertahankan dirinya. Dengan cara ini resin akan terbentuk secara teratur di setiap tebukan lubang sepanjang batang dan dahan pokok. Beberapa jenis mikroorganisma boleh digunakan sebagai bahan asas inokulasi. 

Salah satu spesis yang popular adalah daripada keluarga Fusarium. 
Dengan menggunakan teknologi inokulasi ini lazimnya teras yang terhasil adalah diantara 1kg sehingga 3 kg teras/pokok dan tempoh matang adalah 2 tahun.

selepas 6 bulan inokulasi, sekeliling lubang ubah jadi warna hitam pekat. Ini adalah pokok gaharu subintegra yang ditanam secara ladang di Malaysia. Pokok sudah berusia 5 tahun dibuat inokulasi. bau gaharunya wangi tetapi keras, menusuk hidung. subintegra boleh menghasilkan resin gaharu yang banyak dan harga jualannya juga tinggi kerana mendapat permintaan tinggi.

Team Gaharu WakJai menyediakan jualan ubat inculation dan perkhidmatan membuat inculation. Penggunaan ubat inculation boleh digunakan pada pokok gaharu berusia 3 tahun atau ukur lilit secekak tangan.

Nama Ubat Inculation : RM3 (Red Moonstone 3rd Formula)
Harga seliter : RM160 (Termasuk upah) untuk pokok antara 3 -5 tahun.
** Pokok lebih besar memerlukan ubat yang lebih banyak.

Injection : 3 lubang maksimum (setiap 3 kali)

Hubungi : ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail

No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau
012-3542554 (Wak Soif)





Monday, October 8, 2012

Jualan benih Gaharu WakJai

Pokok Gaharu atau dikenali dalam Bahasa Ingris sebagai Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. 
Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya. 

Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya. Mengikut data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam terdapat 16 spesis dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

BERIKUT ADALAH JENIS-JENIS AGRAWOOD MENGIKUT RANKING

1. AQUILARIA SUBINTEGRA, Found at Thailand
2. AQUILARIA CRASSNA, Found at Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam
3. AQUILARIA MALACCENSIS, Found at Thailand, India, Indonesia
Agarwood Grade
(Gred Gaharu)     Origin (Tempat Asal)     Price (Harga)        Remark (Nota)

Supergrade Gaharu  Sarawak                    RM9,000/kg          Jun 2006, source: Malaysian-German Forestry Education Project
Grade A                West Malaysia             RM1,000/kg          1985, source: FRIM/UPM
Grade A                West Malaysia             RM14,000/kg         2008, source: FRIM/UPM
 JUALAN BENIH GAHARU SUB-INTEGRA - GRED A
(Dibawa terus daripada Thailand) 
OPTION AHarga : RM10.00 sepokok  (dengan upah tanam + penghantaran)
Tinggi : 3 kaki
Order Minimum : 500 pokok
LAYAK INOCULATION : Selepas 3 tahun
HASIL TERAS GAHARU : Selepas 5 tahun
OPTION B (STOK TERHAD)
Harga : RM12.00 sepokok (Upah tanam + Penghantaran)
Tinggi : 4-5 kaki
Order Minimum : RM500 pokok
INCOME SEPOKOK : Purata RM2,000.00 (Selepas 5 tahun)
Hubungi:ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail.com
No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 012-3542554 (Wak Soif)


Pokok Gaharu yang telah ditanam di Sepang. Dengan saiz 6000kaki persegi boleh memuatkan 300 pokok gaharu
Anak benih setinggi 2-3 kaki berharga RM8.00 sepokok termasuk perkhidmatan menananm dan pembajaan pertama








Saturday, October 6, 2012

Perusahaan Gaharu Wak Jai Malaysia

Selamat Datang ke Blog 
Gaharu Wak Jai Malaysia



1. Jualan benih
2. Perkhidmatan tanaman
3. Kepakaran Inokulan
4. Khidmat nasihat integrasi kelapa sawit dan gaharu
5. Rangkaian pelangan - Testimonial
6. Tuaian kayu gaharu
7. Penghasilan teras/resin
8. Pengilangan minyak
9. Rangkaian pembelian/export
10. Artikel pilihan
11. Buku terbitan Geng WakJai

Akan menyusul satu persatu. 

Mari Bersama-sama Bangunkan Ekonomi Bangsa Jawa