Friday, October 19, 2012

Harga Sawit Jatuh, Pilihanraya Sudah Hampir


Harga tandan buah sawit jatuh menjunam diperingkat lebih rendah sebelum ini. Hari ini harga kelapa sawit semasa jatuh pada harga RM350 se-tan (1,000kg) berbanding dua bulan lepas yang mencecah RM600 se-tan. Apa sudah jadi?

Perkara ini diluahkan sendiri oleh pekebun-pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang terkesan dengan penurunan harga buah sawit secara drastik. Akibatnya ramailah pekebun terpaksa menanggung perit jerih mengait buah sawit yang telah masak untuk dijual walaupun harga tidak setimpal dengan kepayahan mereka.

Untuk makluman mereka ini bukanlah peneroka Felda yang dibantu oleh kerajaan setiap bulan tapi pekebun kecil yang luas tanah hanya beberapa ekar sahaja. Kerajaan harus membantu menstabilkan semula harga buat sawit ini untuk keselesaan penduduk kampung.

Turunnya harga buah tersebut tambahnya lagi, tidak disertai dengan turunnya harga pupuk. Sedangkan harga pupuk terus mengalami kenaikan. 

Jangan double standard dan membezakan antara mereka dengan peneroka Felda kerana mereka juga rakyat Malaysia yang mencari rezeki dengan menjual hasil komoditi utama negara. Samada kilang minyak sawit sudah jammed atau orang tengah yang kebanyakannya berbangsa asing ingin mengenakan Melayu atas usaha kerajaan membantu Felda, 

No comments:

Post a Comment