Monday, March 11, 2013

AKTIVITI GAHARU WAKJAI HAMPIR SIAP MEMBUAT INAKULASI DI TANAH BERGERAN BLOK M

(TERKINI 11 MAC 2013 Jam 5.05 PETANG  - POKOK TELAH HABIS DIPAJAK. PAJAKAN DITUTUP.

Pada 9 Mac dan 10 Mac 2013 grup Gaharu WakJai telah menghabiskan aktiviti membuat inakulasi (injection) ke atas pokok liar gaharu di tanah bergeran daerah Kuala Pilah.

Setakat ini seramai 7 pemajak telah bersetuju  untuk memajak pokok tersebut. Untuk kawasan ini, memerlukan 854 liter untuk membuat proses inakulasi untuk pokok gaharu di geran ini.

Setelah selesai fasa 2 ini, grup Gaharu WakJai menangguhkan fasa 3 sebab ingin menumpukan kepada kerja-kerja inakulasi peringkat 2 dan proses penemabngan 6 bulan berikutnya. Hujung 2014 barulah Fasa 3 akan diaktifkan semula.

Jika ada sesiapa yang berminat  untuk menyertai pajakan Fasa Dua sila hunungi 
ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail.com

No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 012-3542554 (Wak Soif)

Pekerja sedang menyiapkan vaksin inakulasi sebelum dipam masuk ke pokok

Ubat vaksin yang dipam masuk semasa proses inakulasi.

Pekerja sedang membuat inakulasi sehingga 50 kaki


Sebahagian daripada pemajak yang berasal daripada Bangi

Wednesday, March 6, 2013

Gaharu WakJai Membuka Peluang Pajakan Kepada Pengusaha Gaharu Yang BerMinat

(TERKINI 11 MAC 2013 - BAKI POKOK YANG BELUM DIPAJAK TINGGAL 13 POKOK)
11.3.2013, 5.05pm SOLD OUT https://docs.google.com/file/d/0B0k7cYV5YKzmbVhzdWQybVdEaFk/edit?usp=sharing

Gaharu WakJai Membuka Peluang Pajakan Kepada Pengusaha Gaharu Yang BerMinat. Untuk fasa 2 ini sebanyak lebih kurang 300 pokok liar di Tanah Bergeran telah dikenalpasti dan telah dibuat Tagging.

Untuk Geran M sebanyak 67 pokok yang memerlukan sebanyak 854 liter inakulasi vaksin. Semua pokok gaharu liar bergeran ini terketak di kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan di mana mengambil masa sebanyak 2 bulan untuk selesai membuat inakulasi (inoculation).

Mereka yang berminat boleh membuat temujanji untuk membuat lawatan ke lokasi gaharu liar dan berjumpa dengan tuan tanah/wakil tuan tanah di sana.

Hasil tuaian pokok gaharu akan dilakukan selepas setahun dengan anggaran pendapatan sebanyak 10 kali ganda daripada nilai pajakan. Contohnya jika anda memajak pokok bernilai RM1,500, maka hasil selepas setahun adalah RM1,500 x 10 = RM10,000. Ini adalah paling minimum dan ianya dijangka lebih daripada itu sebab jika ukurlilit 36 inci, tinggi 25 kaki dijangka mengeluarkan 15-25kg serbuk gaharu kering. Untuk gred gaharu kering paling rendah harganya biasanya antara RM1.50 segram hingga RM2.00 segram. Hasil ini diperolehi selepas setahun dilakukan injection inakulasi.

Kepada pengusaha gaharu yang berminat untuk melabur bolehlah mengikuti langkah tersebut :

STEP 1 – Pilih pokok liar. Semak senarai pokok >> https://docs.google.com/file/d/0B0k7cYV5YKzmaERHRTVjSzZhWms/edit?usp=sharing

STEP 2 – Kenalpasti Tag (kod) pokok. Borang tempahan pokok >> https://docs.google.com/file/d/0B0k7cYV5YKzmQ2ZaZmtqMERWZHM/edit?usp=sharing

STEP 3 – Lawat lokasi pokok yang dipilih
STEP 4 – Bayar deposit 10%
STEP 4 – Proses Inakulasi
STEP 6 – Menandatangani Perjanjian. Contoh perjanjian >> https://docs.google.com/file/d/0B0k7cYV5YKzmS2xLOUdRaDdrUWc/edit?usp=sharing

STEP 7 – Bayar Baki (90%)
STEP 8 – Penyelenggaraan pokok
STEP 9 - Penuaian selepas 12 bulan

SLIDE PENERANGAN TEMPAHAN PAJAKAN GAHARU LIAR  >> https://docs.google.com/file/d/0B0k7cYV5YKzmOHpHQi1ncVZvanM/edit?usp=sharing

Jika ada sesiapa yang berminat  hubungi : 
ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail.com

No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 012-3542554 (Wak Soif)








Sunday, February 17, 2013

Gaharu Wak Jai telah meteri perjanjian pajak dengan pemilik Kuala Pilah.

Gaharu Wak Jai telah meteri perjanjian pajakan  dengan pemilik  Kuala Pilah. Setakat ini seramai 12 empunya tanah yang mempunyai gaharu liar di tanah mereka telah bersetuju menandatangani  perjanjian pajakan ini.

Secara total Gaharu Wak Jai telah menghabiskan lebih kurang 1000 liter vaksin inakulasi bagi menampung lebih 100 pokok liar di kawasan tersebut.

Terma perjanjian merangkumi :

  1. Skop kerja
  2. Tempoh
  3. Keselamatan
  4. Penyelenggaraan
  5. Nisbah keuntungan
  6. Termination


Teras pokok ini dijangka dikeluarkan selepas 2 tahun. Sasaran pasaran adalah diperingkat domestik dan International. Usaha untuk mendapatkan CITES sedang dirancang dan dijangka selesai dalam 1-2 tahun ini.

Pelabur dan tuan tanah akan berkongsi keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama.


Salah satu pokok gaharu yang dipajak oleh gaharu WakJai  - Tinggi 50 kaki, ukurlilit 104 inci

Wakil gruop Gaharu WakJai sedang menyiapkan tandatangan perjanjian



Tuan tanah sedang diberi penjelasan tentang perjanjian yang akan ditandatangani oleh wakil 


Sunday, January 27, 2013

Gaharu WakJai Buat Hal Inakulasi (Inaculation) di Negeri Sembilan

Gaharu WakJai Buat Hal Inakulasi (Inaculation) di Negeri Sembilan. Geran tanah tempatan ynag tumbuh gaharu liar sebanyak  28 batang sebesar pemelok dan ada yang lebih besar daripada itu telah siap diinakulasi  dalam tempoh 16 jam.

Inakulasi dilakukan setelah perjanjian antara tuan tanah dengan pelabur telah dimeteri. Proses inakulasi yang dilakukan ini meliputi gaharu dilereng bukit yang tumbuh liar di tanah berkenaan. Ketinggian purata gaharu teresebut adalah melebihi 25 kaki.

Sebanyak 5 geran terlibat utk menyediakan berpuluh pokok liar di dalam tanah berkenaan.

Proses inakulasi terpaksa menggunakan drill bersaiz 8mm dan 10mm bermula daripada pangkal pokok sehingga dahan pertama.Tangga 30 kaki terpaksa digunakan dan takal pengkut vaksin inakulasi digunakan untuk mengangkut vaksin ke sebelah atas.

Bilangan pokok yang terhad ini menjadi rebutan pelabur yang purata melabur 5-10 pokok bagi setiap pelabur.

Dokumen perjanjian antara 3 pihak perlu diikat sebelum inakulasi boleh dilakukan iaitu Pihak Tuan Tanah, Pihak Pelabur dan Pihak Penyedia Inakulasi dan penyelenggaran sehingga mengeluarkan hasil

Hasil akan keluarkan selepas 2 tahun. Pada masa ini syarikat in telah menerima tempahan daripada Cina dan Arab Saudi tetapi tidak dapat ditunaikan disebabkan kekurangan sumber.


Jika ada sesiapa yang tanahnya ada pokok Gaharu liar (ukurlilit lebih drp 20 inci) dan memerlukan Pekej a perkhidmatan inakulasi (Service + Ubat Vaksin) hubungi : 
ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail.com

No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 012-3542554 (Wak Soif)

Bersiap untuk memulakan kerja-kerja inakulasi



Drill lubang sebelumdipalam dengan aluminium rod

Ubat vaksin dimasukkan ke dalam botol bersaiz 500ml sebelum diinakulasi ke pokok berkenaan


Macam buah cempedak... Ubat inakulasi diletakkan disetiap 1.5kaki bagi mempastikan semua ubat dipaksa masuk ke empelor pokok memalui tindakan balas penapaian oleh bakteria yang akan merosakkan antibodi pokok



Wednesday, January 16, 2013

Gaharu WakJai Selesai Menanam di Sg Mati

Gaharu WakJai terima tempahan menanam di Sg Mati, sebanyak 500 pokok. Tinggi setiap pokok adalah 4-5 kaki.
Tuan punya kebun juga adalah pelabur Inakulasi kepada pokok gaharu dewasa di tanah bergeran, Negeri Sembilan. 
Pokok yang ditanam ini daripada jenis Sub-Integra yang boleh matang pada umur 3 tahun dengan ukurlilit lebih kurang 12 inci ukurlilit. Pada ini injection vaksin melalui proses inakulasi boleh dilakukan.

Sub-Integra ini adalah jenis terbaik yang cepat matang dan mengeluarkan teras gaharu lebih banyak dan kekuatan wangian yang kuat. Jenis ini adalah jenis yang paling berjaya utk penghasilan teras gaharu di peringkat perladangan

Sub-integra boleh dituai selepas 2 tahun menjalani inakulasi dengan anggaran pulangan paling minimum RM1000-RM2000 sepokok.

Order anak benih Sub-integra:

Hubungi : ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail
No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 012-3542554 (Wak Soif)








Tuesday, January 8, 2013

Squad Gaharu Wak Jai buat Taging untuk Inoculation Preparation

Squad Gaharu Wak Jai sekali lagi mengembangkan tapak kemahirannya untuk bersiap membuat inakulasi lebih kurang 60 pokok Gaharu di negeri sembilan.
Pokok berukur lilit pelbagai saiz daripada 20 inci sehingga 114 inci telah ditagging dalm tempoh 8 jam di sana.
Pokok yaqng terletak di tanah bergeran lokasi banjaran titiwangsa itu telah dibuka kepada pelabur yang sanggup.
Perjanjian pelaburan adalah diantara tuan tanah dengan pelabur. Squad Gaharu Wak Jai akan menyediakan vaksin dan perkhidmatan inakulasi dan menyelaraskan kerja penyelenggaraan anatar pelabur dan tuan tanah ke atas pokok berkenaan.
Projek inakulasi untuk lebih kurang 60 pokok liar di tanah bergeran ini dijangka bermula hujung Januari 2013 hingga Mei 2013.
Wakil tempatan meneruskan penerokaan untuk mencari pokok gaharu lain yang sesuai untuk di buat Inakulasi.
Untuk 60 pokok ini, hasil yang akan dikeluar setelah 2 tahun adalah dianggarkan RM2,000,000.00