Sunday, January 27, 2013

Gaharu WakJai Buat Hal Inakulasi (Inaculation) di Negeri Sembilan

Gaharu WakJai Buat Hal Inakulasi (Inaculation) di Negeri Sembilan. Geran tanah tempatan ynag tumbuh gaharu liar sebanyak  28 batang sebesar pemelok dan ada yang lebih besar daripada itu telah siap diinakulasi  dalam tempoh 16 jam.

Inakulasi dilakukan setelah perjanjian antara tuan tanah dengan pelabur telah dimeteri. Proses inakulasi yang dilakukan ini meliputi gaharu dilereng bukit yang tumbuh liar di tanah berkenaan. Ketinggian purata gaharu teresebut adalah melebihi 25 kaki.

Sebanyak 5 geran terlibat utk menyediakan berpuluh pokok liar di dalam tanah berkenaan.

Proses inakulasi terpaksa menggunakan drill bersaiz 8mm dan 10mm bermula daripada pangkal pokok sehingga dahan pertama.Tangga 30 kaki terpaksa digunakan dan takal pengkut vaksin inakulasi digunakan untuk mengangkut vaksin ke sebelah atas.

Bilangan pokok yang terhad ini menjadi rebutan pelabur yang purata melabur 5-10 pokok bagi setiap pelabur.

Dokumen perjanjian antara 3 pihak perlu diikat sebelum inakulasi boleh dilakukan iaitu Pihak Tuan Tanah, Pihak Pelabur dan Pihak Penyedia Inakulasi dan penyelenggaran sehingga mengeluarkan hasil

Hasil akan keluarkan selepas 2 tahun. Pada masa ini syarikat in telah menerima tempahan daripada Cina dan Arab Saudi tetapi tidak dapat ditunaikan disebabkan kekurangan sumber.


Jika ada sesiapa yang tanahnya ada pokok Gaharu liar (ukurlilit lebih drp 20 inci) dan memerlukan Pekej a perkhidmatan inakulasi (Service + Ubat Vaksin) hubungi : 
ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail.com

No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 012-3542554 (Wak Soif)

Bersiap untuk memulakan kerja-kerja inakulasi



Drill lubang sebelumdipalam dengan aluminium rod

Ubat vaksin dimasukkan ke dalam botol bersaiz 500ml sebelum diinakulasi ke pokok berkenaan


Macam buah cempedak... Ubat inakulasi diletakkan disetiap 1.5kaki bagi mempastikan semua ubat dipaksa masuk ke empelor pokok memalui tindakan balas penapaian oleh bakteria yang akan merosakkan antibodi pokok



No comments:

Post a Comment